Pasangan milenial punyai amalan seks lebih baik berbanding generasi lepas?

Jan 31, 2021General News

(Image Source: Pexel/Luizclas Image)

Pakar Psikologi Sosial dan juga Naib Pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM), Dr Kamal Kenny, bersetuju bahawa pasangan milenial berkahwin layak sepatutnya mempunyai hubungan seks yang sihat di forum pakar bertajuk ‘Sex Sense for Married Millennials – Intimacy, Family & Health’.

“Hubungan seks yang bagus, bukanlah hanya fizikal. Seks yang sihat tidak tertakluk kepada jasad, ia merangkumi fikiran minda yang sama.

“Bila dua-dua setuju untuk seks, itulah seks yang bagus. Kedua-dua pasangan hendaklah menikmati kepuasan seks yang sama dan anda tidak perlu mengubah diri sendiri hanya untuk puaskan yang lagi satu.

“Seks bukan mekanikal. Frekuensi seks juga bukan ukuran untuk menentukan hubungan perkahwinan yang baik,” terang Kenny.

You can read the full interview here.

Recent Post